Alhamdulillah, final exam was over. Now, aku diarahkan untuk masuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik lebih awal dari rakan-rakan aku yang lain. So entry aku kali ini is more like my own opinion about being an educator pada zaman teknologi ni. Lokasinya biarlah menjadi rahsia antara aku dan orang yang hampir dengan aku. Bukan membuka aib sesiapa nauzubillah mohon Allah jauhkan namun memasuki alam pekerjaan membuka luas pandangan aku dan seterusnya membuka hati aku untuk berkongsi dengan para pembaca yang aku kasihi sekalian.
Kanak-kanak pada zaman ini sungguh berbeza berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu. Tambahan pula aku mendapat pendidikan di merata tempat (aku anak nomad. pernah bersekolah di empat buah sekolah rendah yang berbeza lokasi. Hiks) menyebabkan aku mulai sedar mengenai perkara ini. Murid-murid di sekolah aku datang dari latar belakang yang sangat berbeza berbanding dengan latar belakang aku dan rakan-rakan aku di sekolah dulu. Budak sekarang bukan macam budak dulu. Ibu bapa mereka kebanyakkan datang dari golongan elit. Kebanyakkannya bukan lagi lepasan SPM atau SRP seperti ibu bapa dahulu. Paling koman pun mesti lah ada sijil diploma. Jadi latar belakang pendidikan keluarga memainkan peranan penting seterusnya menjadi cabaran buat guru muda seperti aku.
Bagi mereka, datang sekolah hanya sekadar untuk tahu membaca, mengira, menulis. Murid yang agak perlahan atau lambat dalam menguasai 3M ini serng dilabelkan sebagai bodoh atau malas. Pernah pada suatu hari, sedang aku sibuk menyiapkan laporan aku pada hari itu. Aku terdengar dua orang pelajarku duduk berbual.
A: Periksa lepas saya dapat nombor 2.
B: Ayah awak tak marah ke awak dapat nombor 2 ?
A: Ayah saya kata okay je. Asalkan dapat nombor 1 hingga 5.
Aku memandang mereka. Hanya mampu tersenyum. Situasi ini mengingatkan aku pada sebuah kisah bollywood yang bertajuk TAARE ZAMEEN PAR arahan pelakon pujaan aku Ameer Khan. Ya, apa yang dipersembahkan dalam filem itu ialah sebuah realiti yang perlu aku hadapi kini. Dunia kita terlalu mengejar GRED MARKAH YANG TINGGI, MENDAPAT TEMPAT DI DALAM KELAS ATAU SEKOLAH. Kerana perkara sebeginilah yang orang memandang anak itu PANDAI. Sedangkan most of them hanya BELAJAR UNTUK LULUS PERIKSA,
Teringat aku pada seorang guru yang mendidik aku dulu pernah berkata. Kalau kalian punya niat untuk belajar tinggi hanya untuk punya GAJI YANG BESAR. Tak usah sambung belajar. Mula aku blur, tak paham jugak apa yang dia merepek waktu tu. Rupanya inilah dia. Sekolah merupakan satu institusi kita membina diri kita. Institusi dimana kita menggilap bakat kita. Sekolah merupakan institusi untuk membangunkan jiwa insan dunia dan akhirat. Sekolah bermula dari rumah wahai pembacaku sekalian. Sungguh, anda lihat anak anda yang anda label dia NAKAL, DEGIL, TIDAK FAHAM BAHASA itu dengan pandangan yang berbeza. Trust me, anda akan jumpa sesuatu yang tidak ternilai harganya.
Harini, anak murid aku si fulan berusia 5 tahun. Tapi dimasukkan dalam kelas 4 tahun kerana tidak mampu mengikuti silibus pembelajaran 5 tahun. Seminggu aku cuba mendekatinya, dan pada hari ini banyak pula ceritanya yang di khabarkan pada aku. Sehinggalah aku bertanya 'Sayang, besar nanti nak jadi apa?' Jawapannya Allahu menyentuh sanubari. "Teacher, saya nak jadi pandai boleh? Teacher ajar saya ek. Saya nak jadi budak pandai." The most stubborn student said something like this to you and what you will respon to him/her ? Aku pun jawab. 'I gonna help you. But you must asked Allah to help yourself too" Terus diangkat tangannya, berdoa bersungguh-sungguh. Lantas senyum pada aku.
Wallahualam. Aku akhiri entry kali ni dengan satu quote ni. Baca dan renungkan. Tq :)

No comments:
Post a Comment