Friday, October 31, 2014

Puasa dengan Herbalife Shake

بسم الله الرحمن الرحم

Harini aku nak sharing pasal pengalaman berpuasa dengan Herbalife. Subhanallah, pengalaman berpuasa dengan Herbalife seriously sangat SIMPLE, FUN and MAGICAL. Tambah-tambah lagi kalau kau students, jangan nak tipu ( Mostly bila aku ajak puasa, ramai yang tergaru-garu nak sahur apa nanti. At last, tak bersahur ) Betul tak ? Heee.

Kenapa sahur tu penting. Okay kalau kita kupas persoalan ni dari sudut agama, sahur ni merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi rugilah kita sebagai umatnya tapi tidak mengamalkan sunnahnya. Betul tak murid-murid (Heee acah-acah cikgu tadika sikit).




Kelebihan dan hikmah difardhukan suhur

1. Membezakan puasa kaum muslimin dengan puasa yahudi dan nasrani

Daripada ‘Amru bin Al ‘Ash, sesungguhnya Nabi SAW bersabda,
فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ
Maksudnya: “Perbezaan antara puasa kita dan puasa ahlul kitab adalah makan sahur.” (riwayat Muslim)

Apabila disebut beza puasa kita dengan puasa ahlul kitab, ini menunjukkan ia bukan suatu perkara yang ringan kerana antara dasar dan prinsip agama kita adalah mengelakkan daripada tasyabbuh (menyerupai) golongan-golongan kuffar. 

Sabda Nabi SAW,
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ 
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.” (riwayat Abu Dawud)

Sebab itu kadang-kadang sekiranya hadis ini difahami dalam bentuk yang terlalu literal akan menyebabkan orang yang memakai pakaian atau seluar yang berasal dari barat atau mencontohi gaya orang barat berpakaian contohnya seluar jeans, akan digelar Nasrani.

Walaubagaimana pun fokus kita dalam perbahasan ini adalah membicarakan tentang suhur. Jelas bahawa sahur membezakan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab. Maka kita mesti berusaha untuk bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.

2. Pada sahur itu ada keberkatan

Sabda Nabi SAW,

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: “Bersahurlah, kerana sesungguhnya pada sahur (makanan) itu ada keberkatan.” (riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Walaupun hanya dengan seteguk air kita dituntut juga untuk bersahur.


Apa makanan yang disarankan untuk bersahur

okay sebagai coach yang comel lote lagi berwibawa (Hee please bagi chance nak puji diri sendiri), aku memang suka share pasal puasa dengan Herbalife ni. Sebab yelaa ada sesetengah orang bukan bulan Ramadhan je nak puasa, bulan-bulan lain pun tak nak ketinggalan nak mengamalkan ibadah puasa ni. Yedak. So here you are.


Tapi usually lepas je balik terawih, perut still kenyang lagi. Kalau nak makan pun, jamah sikit je. Sebab hakikat yang perlu kita tahu, kita memberi nutrisi yang cukup pada badan kita. Bukannya melantak ikut hawa nafsu. Kekekkee in plus, bila sahur dengan Herbalife pun Subhanallah energy totally improved (Disclaimer: Result is not typical and may vary depends on individual). Bila petang datang menjelma pun still boleh jog satu taman tasik Shah Alam atau menari zumba. Hehehehe Sampaikan ada member aku tanya tak percaya "Fathin, kau ni puasa ke tak sebenarnya ?" Apa yang aku boleh cakap selagi kau tak beri peluang pada diri kau untuk merasa perubahan, selagi tu kau takkan percaya apa yang aku cakap ni. Hee so good luck guys. Love yaaa. Till we meet again. Assalamualaikum



Update with love,

Wellness Coach

fathin021195@gmail.com

0179415943






Tuesday, October 14, 2014

Mehnah yang perlu dicari

بسم الله الرحمن الرحم

Alhamdulillah dalam sibuk melaksanakan tugasan seorang pelajar berwawasan (aceeewaaahh perasan sekejap) Tuhan beri aku ruang nak update entri kali ni. Atas permintaan sahabat dan penyokong tercinta. Aku ingin merungkaikan persoalan mengenai "Fathin, kenapa kau buat Herbalife ? Kenapa kau stay dalam Herbalife ? And apa istimewanya Herbalife dalam diri kau ?"


Mungkin yang sedang membaca ini bukannya orang asing dalam hidup aku, atau mungkin anda mencari sumber inspirasi dalam menongkah arus kehidupan ini. Andai dalam hati sekadar ingin mencari kekurangan dalam diri ini. Aku cuma mohon tutup entri ini dan halang aura negatif yang sedang menguasai diri anda. :) Kerana dengan rendah diri aku katakan entri kali ini bukan untuk mengajar sesiapa dalam bumi Tuhan ini tapi cuma ingin berkongsi apa yang ada dan berharap agar ada anak muda yang terinspirasi dengan kisah yang bakal aku coretkan ini.


From stranger to lovely sisters. Itu yang boleh describekan perkenalan aku dengan mereka. Aku cuma kenal my 'little angel' dekat booth yang depaa buka masa festival dekat kolej pada tahun 2013. Joining the WLC (Weight Loss Challenge) and from there I started to know about Herbalife. Bukan mudah untuk student yang duit poket pun mengharap ibu bagi nak melangkah dalam dunia bisnes. Tapi Muhammad Ali kan kata 'Impossible is Nothing'. So aku sahut cabaran. Dari niat nak menjual aku mula sedar bertapa indahnyaa rancangan Tuhan.

"Fathin, untung tak buat Herbalife ?" Masyaallah brada and sistaa perniagaan mestilah untung, nabi janji 9/10 pintu rezeki datang dari perniagaan kan. Patutnya tanya la soalan macam ni, "Banyak ke untung dalam Herbalife ?" So here's my answers.


  • Kesihatan 
    • Subhanallah setiap kali bangun dengan cergasnya tanpa perlu nak merungut pagi masih awal dan perlu sambung semula tidur. Setiap kali nak puasa, energy Masyaallah sangat luar biasa. Tak ada yang mampu diungkap melainkan rasa bersyukur setiap hari yang dilalui penuh dengan rahmat dari Tuhan. 

  • Self-development
    • Dahulu aku anak yang sangat rebel dengan keputusan parents. Rasa macam depa tak pernah sayang aku, tak pernah kisah mengenai aku. But in Herbalife I started realize that my mom will going sacrifice EVERYTHING in this world just for me. Aku mula memandang ibu dari sudut yang berbeza. Yeahh Herbalife taught me something yang aku abaikan selama ni. KASIH SAYANG. And of course my mom mula nampak aku berubah sedikit demi sedikit. Lambat tapi in sha Allah kekal dalam jiwa. The most priceless gift in my life.

  • Surround with positive people
    • Pernah dengar pepatah Inggeris pernah mengatakan "You can't live a positive life with a negative mind". Dan tempat yang paling sesuai nak kutip aura positive ni is dekat club nutrisi, surround dengan people yang ada same aura dengan kita. Setiap kali aku rasa down atau jatuh, aku mencari mentor atau orang yang boleh memulihkan balik semangat aku. Yes. Inspired. Kadang-kadang stalk je facebook, twitter or instagram mereka cukup buat aku pujuk diri sendiri dan kata "Ujian ini memberi kau kekuatan, Tuhan takkan timpakan ujian melainkan untuk kita lebih dekat dengan Dia". Subhanallah like seriously you keep on inspired me dalam diam. 

  • Relationship
    • Honestly, before Herbalife aku pegang prinsip 'Aku takkan tegur kau selagi kau tak tegur aku'. The hardest one yang nak mulakan relationship. Hubungan dengan manusia sangat kurang mesra alam. Tapi Subhanallah in this bussiness I started to learn about building relationship with LOVE. Buktinya walaupun some of my customers yang berhenti consume Herbalife, aku masih lagi keep in touch. Kerana kasih sayang. Setiap hari menangis kesyukuran sebab Allah hadirkan Herbalife dalam hidup aku sebab if not mungkin aku masih lagi di takuk lama, masih lagi the old version of Nurfathin Khalidah binti Yusof.

  • DREAM BIG
    • Kalau tade Herbalife memang aku ada impian. Tapi yes Herbalife teach me how to dream as big as possible. Punya impian yang melangkaui jangkaan rakyat marhaen. Punya impian yang perlu dicapai pada usia muda. Retire young, Retire rich. Subhanallah terima kasih Tuhan





Update with love,

Wellness Coach

fathin021195@gmail.com

0179415943




Tuesday, October 7, 2014

Breakfast

بسم الله الرحمن الرحم

You can get much done in life if you only work on the days WHEN YOU FEEL GOOD
Dipagi hari ni, aku just nak bertanya khabar. Kau sihat ? Bukan sihat di mulut, tapi aku benar-benar maksudkan. KAU SIHAT ? Kalau sihat dengan erti kata yang sebenar, ucaplah TERIMA KASIH kepada Tuhan. Kalau masih belum dikurniakan rezeki kesihatan itu. Mari dekat-dekat, duduk rapat-rapat. Aku cuma manusia yang kerdil. Yang ingin berkongsi sedikit ilmu dari Tuhan. :)

Soalanku. Apa sarapan kau pagi ini ? Tak perlu hebahkan pada dunia. Hehehhe jawab saja dalam hati. Okay now lets learn something from your daily breakfast yee anak-anak. Heee 

Sarapan antara IMPORTANT MEAL yang wajib kita ambil. Kenapa ? Sebab kita memerlukan tenaga yang banyak untuk memulakan hari yang penuh indah ini. Haaa cuba bayangkan kalau kita SKIP our breakfast ? Paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan menyebabkan kekurangan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Selain itu, ianya juga boleh menjadi punca kepada diabetic. 


Skipping breakfast isn’t a smart idea for anyone, but seems to be even more harmful for those who are overweight. Insulin levels were higher after missing breakfast, and researchers believe that missing that meal may lead to insulin resistance, the root cause of type 2 diabetes”
Okay now jom kita recheck balik sarapan kita :

SARAPAN BERKARBOHIDRAT


Is it anda mulakan pagi anda dengan makanan yang berkalori tinggi, nutrisi dan protein yang rendah macam roti, mee goreng or nasi lemak ? Sebenarnya makanan ini memang boleh bagi kita sumber tenaga yang singkat tetapi yang sebenarnya makanan sebegini kekurangan protein, serat, vitamin dan mineral. Sejurus je lepas makan, tahap tenaga kita akan menurun, dan akan membuat anda berasa letih dan cepat lapar semulaa. Hmmmmmmmmmmmm lepas tu kalau dah lapar sendiri fikir laa kan apa yang kita akan buat lepas tu. Hahahahahaha

TIDAK MAKAN SARAPAN
Okayy yang ni aku mintak maaf. ORANG YANG MACAM NI LAGI ZALIM SEBENARNYA. Zalim terhadap diri sendiri. Sebab kalau nak tahu, sumber tenaga dijana dari pengambilan makanan yang kita consume setiap 4 jam. Jadi kalau korang skip breakfast celah mana badan kita nak ambil nutrien untuk mendapatkan tenaga yang korang perlukan seharian tu ? Jadi badan terpaksa ambil nutrien dan air simpanan yang akan habis dalam sekelip mata. Kesannya membuatkan kita cepat letih, cepat nak marah dan percayalah yang YOU WILL EAT MORE DURING LUNCH HOUR nanti. :D


SARAPAN BERPROTEIN 


Sarapan dengan pemakanan seimbang memberi tenaga perlahan-lahan, membuat anda berasa kenyang dengan lebih lama dan membantu mengawal nafsu yang bergelojak bagai nak gilaa tu. Hahahaha plus kita tak menyiksa pancreas kita berkerja keras untuk menjana tenaga buat kita sepanjang hari. Jadi bila sel-sel badan gembira, mereka pon sedia berkhidmat untuk kita terutama pada hari yang sangat-sangat busy. :)


 Jadi sekarang tepuk dada, tanya diri sendiri. Kita makan selama ni ikut nafsu ke ikut keperluan ? Sekian 



Update with love,

Wellness Coach

fathin021195@gmail.com

0179415943