Saturday, September 13, 2014

Gemuk air ?

بسم الله الرحمن الرحم



Ada yang tanya aku. Fathin kalau kita minum air banyak bukan ke nanti gemuk air ke ? Pastu kalau minum banyak bukan ke nanti perut kita boncit ke ? Mula-mula aku sengih je. Sebab dulu aku macam ni jugak. Alhamdulillah bila belajar baru tahu ape istilah gemuk air ni sebenarnya. So entri kali ni kita cerita pasal gemuk air. 

First and foremost (cewah macam nak buat karangan pulak. Heee), apa sebenarnya GEMUK AIR ni ? Ramai yang salah faham tentang istilah gemuk air. Gemuk air hakikatnya berpunca oleh nutrient atau zat yg diambil tidak bersesuaian ,dimana boleh menjejaskan keseimbangan biokimia tubuh. Makan makanan yg mengandungi garam (sodium) yg berlebihan. Garam(sodium) yg berlebihan ini akan bertukar kepada cecair dalam badan yg menyebabkan selulit dan penahanan air atau water retention.Terlalu kerap minum minuman berkafein, minuman bergas, dan juga makanan yg mempunyai kandungan lemak yg tinggi boleh menyumbang kepada gemuk air. Gemuk air juga disebabkan oleh badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.


LANGKAH MENGATASI GEMUK AIR


1. Minum Banyak Air Kosong

Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.

Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.

2. Kurangkan Makanan Bergaram

Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.

3. Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.

Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.

4. Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan

Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.

Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

5. Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori

Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.

Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya. Jadi sentiasa ingat untuk sihat dan cantik anda perlu

80% nutrition
20% exercise
100% mind-setting

Dan apa yang mengembirakan adalah Herbalife merupakan makanan yang PALING RENDAH KALORI tetapi TINGGI dengan NUTRISI. Happy tummy, happy body-shape :D

Update with love,

Wellness Coach

fathin021195@gmail.com

0179415943

No comments:

Post a Comment