Monday, September 15, 2014

Misi Mengganyang Lemak !

بسم الله الرحمن الرحم

Kawan aku selalu tanya macam mana nak kempiskan bahagian perut. Yelaa, tension kot bila cutting body dah cun-melecun (kalau perempuan) or badan dah ketak-ketak macam abam sado tiba je tang perut buncit macam mengandung 9 bulan. Hahahhaha


So entri kali ni kita cerita pasal LEMAK. Basically, lemak terdapat dua jenis iaitu Lemak Visceral (lemak pada organ dalaman) dan Lemak Subcutaneous (lemak dibawah kulit).


Lemak Subcutaneous inilah yang menyebabkan orang lain boleh melihat lemak pada diri anda. Tetapi lemak Visceral adalah lemak yang boleh membinasakan badan anda kerana lemak jenis ini tersembunyi di bawah beberapa otot yang mengelilingi organ-organ penting anda. Semakin banyak lemak ini, semakin tinggi risiko anda meghidap penyakit kencing manis, penyakit jantung dan masalah kesihatan yang lain.

MACAM MANA LEMAK VISCERAL DAN LEMAK BAWAH KULIT WUJUD?

Kajian menunjukkan orang yang makan makanan yang tidak sihat mempunyai lebih banyak lemak Visceral dan lemak Subcutaneous daripada orang yang makan makanan yang sihat dan kerap bersenam.Banyak kajian pada masa lalu telah menunjukkan bahawa perokok biasanya berat badannya kurang daripada orang yang tidak merokok. Tetapi, kajian baru-baru ini dari Pusat Perubatan Universiti Utrecht di Belanda (pada tahun 2011), menunjukkan bahawa walaupun perokok itu adalah kurus, mereka masih tetap cenderung untuk memiliki Lemak Visceral yang lebih banyak daripada orang yang tidak merokok.Selain daripada pengumpulan lemak yang disebabkan oleh merokok, diet yang tidak sihat, kurang bersenam dan pengambilan alkohol dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan kepada perut buncit dan mempunyai Lemak Visceral dan Subcutaneous yang banyak.


BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA UNTUK MENYINGKIRKAN KEDUA-KEDUA JENIS LEMAK INI

Apabila anda membuat keputusan untuk menyingkirkan lemak pada perut dan pinggang, anda jangan hanya mensasarkan untuk menghilangkan Lemak Subcutaneous yang terletak tepat dibawah kulit anda sahaja, tetapi juga menyingkirkan Lemak Visceral yang berbahaya kerana lemak jenis ini tersembunyi dibawah otot dan mengelilingi organ-organ penting anda. 

Sebagai Herbalife Independent Distributor atau lebih senang 'coach' Herbalife, saya akan membantu anda mencapai target yang anda inginkan. Namun perlu diketahui bahawa produk Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Ia hanya secara logik bahawa apabila  badan anda menerima semua nutrisi yang diperlukan setiap hari, badan anda akan sembuh dengan sendirinya. 

Jika anda ingin memulakan program dengan Herbalife, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut.



Update with love,

Wellness Coach

fathin021195@gmail.com

0179415943

No comments:

Post a Comment